Apa Itu Pemindahan Teknologi?

Pemindahan teknologi atau transfer of technology (ToT), merupakan pemindahan maklumat, rekabentuk, ciptaan, bahan, software, ilmu teknikal dan rahsia perniagaan antara satu organisasi dan organisasi yang lain. Proses pemindahan teknologi ini dikawal oleh polisi, prosedur, dan dinilai oleh setiap organisasi yang terbabit.
Pemindahan teknologi kebiasaanya melibatkan organisasi seperti universiti, perniagaan dan kerajaan secara formal atau tidak formal untuk berkongsi skill, teknologi, cara pengilangan dan banyak lagi.
Pemindahan teknologi ini kebiasaannya di promosikan di dalam persidangan dan pameran untuk menarik minat para pelabur. Para pelabur dapat menilai aspek pengkomersilan untuk sesuatu produk atau servis yang baru di persidangan atau pameran ini.
Program Pemindahan Teknologi di Pulau Pinang
Pengkomersilan ini boleh melibatkan usaha sama antara syarikat, perjanjian pelesenan dan perkongsian untuk pembahagian risiko dan keuntungan. Antara aspek terpenting untuk pemindahan teknologi ini adalah perlindungan harta intelek atau intellectual property (IP) rights. Ini juga membolehkan pemilik perniagaan mempunyai monopoli ke atas penggunaan produk untuk tempoh tertentu serta untuk mendapatkan pulangan pelaburan dalam inovasi.
Oleh itu, perniagaan di seluruh Malaysia mendapat manfaat daripada pemilikan dan penggunaan hak harta intelek.
Harta intelek adalah aset yang tidak ketara seperti hasil ciptaan minda, kreativiti dan berkait rapat dengan hasil inovasi dari institusi penyelidikan.
Ini juga digunakan bagi melesenkan harta intelektual yang dipatenkan ke perniagaan luar atau penciptaan syarikat permulaan untuk melesenkan IP.
Walaubagaimanapun, sebelum inovasi boleh komersilkan, ia harus dibangunkan mengikuti tahap kesediaan teknologi atau technology readiness levels (TRL).
Bagi tahap kesediaan teknologi (TRL) 1-3, ia lebih kearah fasa penyelidikan produk dan bagi TRL 6 keatas, ia lebih kearah pengeluaran produk. Proses bagi menaikkan tahap TRL ini akan mengambil masa yang lama kerana ia memerlukan kajian terhadap prototaip produk seterusnya ke fasa ujian dan penghasilan produk akhir yang boleh dipercayai.