Program Pemindahan Teknologi di Pulau Pinang

Program pemindahan teknologi oleh Safari Techs Holdings bersama SIRIM Tech Venture (STV) telah berjaya dilakukan untuk fasa pertama yang bertempat di SIRIM Pulau Pinang pada 20 – 22 September 2022. Program pemindahan teknologi ini merangkumi 3 fasa dan mempunyai 10 modul bagi menjayakan pemindahan teknologi dari STV Sdn. Bhd. ke Safari Techs Holdings Sdn. Bhd.
Dalam fasa pertama, terdapat 5 modul yang telah berjaya di pelajari oleh pihak Safari Techs Holdings Sdn. Bhd. Kami diberikan pencerahan tentang bahan komposit, cara kerja serta pendedahan berkenaan teknologi pembuatan silinder komposit LPG.
Bagi modul yang pertama, ia memberikan gambaran kesuluruhan operasi dan teknologi penggulungan bagi silinder komposit LPG Safari. Modul ini terbahagi kepada dua segmen. Segmen pertama menerangkan tentang bahan komposit dan segmen kedua tentang teknologi penggulungan filamen. Segmen pertama memberikan definisi, jenis proses fabrikasi, membuat pilihan process fabrikasi terbaik untuk menghasilkan sebuah silinder komposit LPG. Selain itu, kebaikan dan keburukan menggunakan penggunaan bahan komposit turut didedahkan.
Bagi segmen kedua untuk modul pertama ini, menjelaskan tentang proses teknologi penggulungan filamen dan memberikan pencerahan tentang software analisis penggulugan filamen. Dengan ini, setiap komponen, kawalan, proses dan aplikasi terhadap mesin penggulungan filamen dapat dikenalpasti. Selain itu, jenis software yang diguna pakai untuk penggulungan filamen juga diberi pencerahan.
Modul yang kedua adalah berkenaan pematuhan dan piawai bagi silinder komposit LPG, antara objektif modul ini adalah untuk menentukan keperluan minima bagi bahan yang digunakan, reka bentuk, pembuatan, ujian prototaip dan rutin pemeriksaan pengeluaran silinder komposit LPG. Dengan ini, keperluan standard dapat dikenalpasti dan kepentingan prestasi produk mengikut standard. Antara standard yang dikenal pasti adalah BS EN 14427:2014, BS EN 14767:2005, dan ISO 11623:2015. Standard ini bertujuan untuk memulihara prestasi produk dengan peraturan ujian dan pemeriksaan berkala ke atas silinder komposit LPG Safari.
Selain itu, dimodul yang ketiga, keperluan keselamatan dan pengurusan sisa berjadual dijelaskan dengan lebih terperinci. Objektif utama bagi modul ini adalah untuk memastikan ketepatan piawaian silinder komposit LPG Safari dari segi pemprosesan, kesihatan dan alam sekitar. Selain itu, modul ini juga menerangkan tentang langkah selamat bagi pembuatan dan penyimpanan silinder komposit LPG Safari. Hasil daripada modul ini adalah untuk merancang dan melaksanakan prosedur yang selamat di tempat kerja. Dengan ini dapat mengenal pasti dan menghilangkan ruang kerja tidak selamat, mengawal bahaya dan menepati piawaian.
Yang keempat, modul ini menerangkan tentang spesifikasi rekabentuk produk dan analisa rekaan penggulungan bagi silinder komposit LPG Safari. Objektif utama bagi modul ini adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam process penggulungan filamen berkaitan dengan specifikasi rekabentuk. Selain itu, modul ini dapat melatih untuk mengenalpasti program yang digunakan di mesin penggulungan filamen. Antara program yang digunakan adalah CADwind,
Modul kelima memberikan pendedahan tentang cara kerja seperti prosedur pembuatan silinder dan juga susun atur kedudukan mesin di dalam kilang. Selain itu, kami juga di berikan pencerahan tentang jenis kelulusan yang diperlukan untuk memulakan operasi kilang pembuatan silinder komposit LPG Safari.
Silinder Komposit Safari Bertaraf Antarabangsa
Fasa pertama program pemindahan teknologi penggulungan filamen ini telah berjaya merangkumi asas-asas pembuatan silinder komposit LPG Safari dari pengenalan operasi, standard piawai, keselamatan, rekabentuk dan juga process aliran. Fasa kedua akan merangkupi 5 modul selebihnya di SIRIM Shah Alam pada bulan Disember dan fasa ketiga akan dilakukan di kilang pengeluaran Safari Techs Holdings Sdn. Bhd. bersama-sama juruteknik yang bertempat di Nilai. Dalam fasa ketiga pula, gambaran kesuluruhan berkenaan acuan, fabrikasi dan pembuatan acuan akan berikan pencerahan lanjut.
8 Penyebab Utama Punca Cepat Penat dan Letih di Siang Hari