Ramadan 2020 Yang Istimewa | Safari Techs Holdings Sdn. Bhd.

Ramadan 2020 Yang Istimewa

Ramadan 2020 Yang Istimewa

Ramadan 2020 kali ini adalah sesuatu yang istimewa untuk kita. Ia unik dan mungkin ia kali pertama dan harapnya ia adalah kali terakhir kita menyambut Ramadan dalam suasana unik itu. Unik kerana kita semua menghadapi pandemik COVID19 yang melanda bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia

Apa yang unik?

Unik pada tahun ini kerana kita tidak bertarawikh di masjid atau surau seperti kebiasaan. Sudah pasti norma setiap malam Ramadan kita mengajak keluarga kita untuk ke masjid tidak dapat dilakukan pada tahun ini. PKP yang kerajaan umumkan ini membataskan pergerakan kita

Tahun ini juga tiada Bazar Ramadan. Norma pada waktu petang kita akan ke bazar ramadan untuk mencari juadah berbuka tahun ini tiada lagi. Mungkin perlu masak sendiri di rumah menggunakan Safari Gas ataupun boleh menempah secara atas talian gunakan platform e bazar yang sedia ada

Bagi yang selalu menghadiri buffet ramadan tahun ini juga kesemua buffet ramadan dibatalkan.

Dan pelbagai lagi normal baru yang perlu kita tempuhi

Safari Sasar Jualan 5000 uni Safari Gas tahun 2020

Walau apa pun, kami di Safari berharap anda semua tabah dalam menghadapi ujian yang melanda negara kita ini. Kita perlu bersatu hati agar penularan wabak ini dapat dihentikan. Tapi, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kita tidak menyambut Ramadan 2020 yang begitu unik ini dengan cara kita sendiri

Apa boleh kita jalankan?

1 – Persiapkan tempat solat bersama keluarga

2- Hadiahkan kurma/biskut raya kepada keluarga di kampung

3- Tambah ilmu dengan hadiri pelbagai kelas online yang dianjurkan oleh pelbagai pihak

Kami di Safari juga akan mengeluarkan ebook yang kami akan sediakan kepada anda pada 1 Ramadan nanti. Anda boleh mendownload ebook ini secara percuma. Ebook ini berkenaan dengan 10 resepi masakan sihat yang anda boleh masak menggunakan Safari Gas di rumah anda. Stay tune pada esok ya dan tunggu pengumuman rasmi daripada kami di facebook dan pelbagai lagi social media kami yang lain

Ahlan wa sahlan ya ramadan, kita jadikan Ramadan kali ini ramadan paling bermakna dalam hidup kita!

Tags: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *