Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2020

Alhamdulillah, genap 30 hari kita berpuasa pada tahun ini dan tibalah kita semua menyambut Hari Raya Aifilfitri 2020 dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Sudah pasti normal baru yang kita menyambut Aidilfitri kali ini tidak akan kita lupakan sampai bila bila
Tiada tarawikh berjemaah
Tiada bazar Ramadan
Tiada buffet Ramadan
Sememangnya Ramadan 2020 yang penuh istimewa
Sudah pasti normal baru ini kita akan semat dalam hati sanubari kita sampai selama-lamanya
Begitu juga dengan sambutan hari raya, normal baru yang tiada amalan open house yang ramai dibenarkan dan solat raya pun masing masing di rumah. Siapa yang tak pernah menjadi imam, menjadi imam untuk keluarga kecil mereka masing masing di rumah masing masing. Inilah rahmah yang kita kadang kadang tidak perasan akan keberkatannya
Diharapkan kita semua patuh akan amalan SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan
Bagi yang tidak pulang beraya ke kampung halaman masing masing, cukup besar pengorbanan yang dibuat ini dan terima kasih kerana mematuhi amaran yang cukup berat untuk dilakukan ini. Semoga pengorbanan kita mendapat ganjaran yang sewajarnya
Pada awal tahun lepas, ingin kami mengadakan open house pada tahun ini bagi meraikan pelanggan dan partner Safari Gas tetapi disebabkan PKPB ini, open house boleh ditangguhkan pada tahun mendatang apabila covid19 ini sudah hilang daripada radar kita
Sekali lagi kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin