Teknologi 3D Printing Di Malaysia | Safari Techs Holdings Sdn. Bhd.

Teknologi 3D Printing Di Malaysia

Teknologi 3D Printing Di Malaysia

Perkembangan penggunaan 3D printing di Malaysia semakin berkembang di masa ini. Namun, adakah kita tahu kegunaannya dan jenis penggunaan 3D printing ini?

Teknologi 3D Printing

Teknologi 3D Printing

Di dalam artikel kali ini kita akan membincangkan secara menyeluruh tentang 3D printing. Secara amnya di dalam penghasilan sesuatu objek 3D, bahan akan dipotong dari sebahagian besar bahan dan tidak dapat digunakan kembali. Sisa bahan yang tidak dapat digunakan itu akan dibuang atau dikitar semula. Ini membuatkan kos untuk menghasilkan sesuatu objek 3D itu akan meningkat.

3D Printing Di GMI

Berbeza dengan penghasilan objek 3D yang menggunakan teknologi 3D printing. Penghasilan objek 3D di buat secara tambahan serta berlapis – lapis dan bukannya dipotong. Hal ini akan mengurangkan kos dan tiada pembaziran bahan akan berlaku. Teknologi 3D printing ini adalah ideal digunakan bagi menghasilkan objek 3D yang kompleks dan menjadikan ia sesuai digunakan untuk pembinaan prototaip yang pantas.

Walaupun kepantasan 3D printing untuk menghasilkan sesuatu objek 3D adalah pantas, tidak semua bahan sesuai digunakan. Antara bahan yang sesuai digunakan bagi 3D printing adalah bahan termoplastik seperti Acrylonitrile Butadiene Styrene (ABS), serbuk logam, resin dan seramik.

Hukum Makan Tupai. Halal atau haram?

Bahan yang dipilih haruslah sesuai dengan cara pembuatan 3D printing tersebut. Terdapat 3 jenis teknologi 3D printing antaranya adalah persinteran (sintering), perleburan (melting) dan stereolitografi (stereolithograph).

Persinteran Laser Logam Secara Langsung

Bagi jenis teknologi persinteran atau sintering, ia menggunakan teknologi dimana bahan yang dipanaskan di bawah takat lebur untuk menghasilkan objek 3D yang berresolusi tinggi. Antara bahan yang sering digunakan adalah serbuk logam untuk persinteran laser logam secara langsung dan serbuk termoplastik untuk persinteran laser terpilih.

Persinteran Laser Terpilih

Bagi jenis teknologi perleburan atau melting termasuk pelakuran dasar, pencairan rasuk elektron dan pemendapan tenaga langsung secara laser, arka elektrik atau pancaran electron untuk menghasilkan objek 3D secara mencairkan bahan pada suhu yang tinggi.

Pencairan Rasuk Elektron

Jenis yang terakhir adalah stereolitografi atau stereolithograph menggunakan fotopolimerisasi untuk menghasilkan objek 3D. Teknologi ini menggunakan sumber cahaya seperti UV untuk mengeraskan bahan.

Stereolitografi Menggunakan Fotopolimerisasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *